![]()
Raya 2025
![]() ![]()
Kaftan Purnama Kaftan Purnama, sebuah rekaan yang menggunakan fabrikasi soft cotton linen memancarkan pesona feminin sempurna untuk anda yang ingin tampil anggun dan bergaya di hari lebaran. Lapel kebaya memberikan gaya klasik, mencipta siluet yang kemas pada baju. Butang manik premium yang dijahit dengan teliti memperindah kaftan ini dengan keanggunan yang halus namun memukau. Kemasan yang menghiasi pergelangan tangan, sekitar lapel, dan bahagian bawah kaftan menambahkan elemen moden pada busana ini. Dipadankan bersama pareo butang bercorak petak yang boleh disesuaikan mengikut ukuran pinggang pada bahagian hadapan memberi fleksibiliti, membolehkan si pemakai mengubah gaya mengikut keselesaan. ![]() Harga: RM289 Saiz: FS | PS Warna: Berlian | Cengkih | Kayas | Langking | Nilakandi | Tanah
Kaftan Embun Santun serba ringkas, sajak dipakai di pagi Aidilfitri. Busana yang menggunakan material poly cotton bertekstur ini menyatu padukan keselesaan dan keindahan dengan sentuhan perincian yang memikat. Leher bulat yang ringkas dipadankan bersama butang hiasan manik yang memberikan sentuhan kemewahan tanpa melampaui kesederhanaan. Sulaman halus yang menghiasi pergelangan tangan, slit dan bahagian bawah kaftan menambah dimensi pada rekaan ini. Tali pinggang fabrik yang boleh ditanggalkan membolehkan anda menyesuaikan gaya mengikut cita rasa peribadi. Kain pareo berbutang memberikan fleksibiliti dan lengkap dengan pelapik yang memberikan keselesaan yang sempurna. Tambahan lagi, zip opening direka di bahagian belakang bagi memudahkan si pemakai. Harga: RM289 Saiz: FS | PS Warna: Bata | Langking | Sabak | Salju | Zaitun
![]() ![]() ![]() ![]() Kebaya Jasmin Direka untuk setiap wanita yang ingin tampil ayu dan minimal di hari lebaran. Busana ini menggabungkan elemen klasik dengan gaya moden. Perincian kemasan yang halus pada lengan, bahagian bawah atas, dan bahagian hadapan memberikan sentuhan yang terperinci, menjadikan kebaya ini lebih elegan dan memikat. Kain sarung pareo instant yang praktikal memberikan keselesaan dan fleksibel buat si pemakai. Potongan drapping yang kemas dan rapi memastikan si pemakai sentiasa tampil anggun dengan mudah. Dipadankan bersama fabrik poly velvet dengan pilihan warna yang memukau. Harga: RM249 Saiz: XS | S | M | L | XL | XXL Warna: Cengkih | Dewangga | Gading | Salju
![]() ![]() Kurung Lily Harga: RM269 Saiz: XS | S | M | L | XL | XXL Warna: Ceraka | Galuh | Nilangsuka | Perunggu | Salju
Kebarung Kirana
Harga: RM229 Saiz: XS | S | M | L | XL | XXL Warna: Layung | Tanah | Zaitun | Cengkih | Luruh | Kalas | Nilakandi | Langking Kebaya Ratu Kebaya Ratu – rekaan yang penuh pesona, menyatukan keindahan tradisional dengan elemen moden yang memukau. Lapel kebaya dihiasi dengan perincian kemasan bunga timbul, memberikan sentuhan feminin dan bergaya, menjadikan si pemakai tampil lebih ayu. Butang snap di bahagian hadapan bukan sahaja praktikal tetapi juga memastikan pemakaian yang mudah dan kemas. Kain sarung kipas di bahagian belakang memberi kesan pergerakan yang lancar dan menambah keanggunan pada setiap langkah. Material soft jacquard menjadi pilihan untuk digayakan di pagi raya. Harga: RM289 Saiz: XS | S | M | L | XL Warna: Cengkih | Gading | Kencana | Langking Kebaya Salima Kebaya Salima, rekaan yang menggabungkan elemen klasik dan kontemporari untuk mencipta penampilan yang penuh pesona dan elegan. Lapel kebaya yang digayakan di bahagian hadapan melambangkan keanggunan tradisi yang kekal relevan. Potongan bahu puff menambahkan sentuhan dramatik yang feminin dan memberi efek lebih terletak pada badan si pemakai. Hiasan kemasan halus pada pergelangan tangan dan bahagian bawah kebaya memperkemaskan rekaan, menjadikan penampilan lebih terperinci dan menarik. Perincian beralaskan butang pearl juga ditambah sebagai pelengkap gaya busana. Kebaya Salima disertakan dengan selendang yang sepadan, memberikan keseragaman dan kemewahan pada keseluruhan penampilan si pemakai. Ceraian bahagian bawah pula adalah kain potongan lipat batik. Kombinasi bersama fabric textured georgette juga memberi efek flowy pada rekaan. Harga: RM269 Saiz: XS | S | M | L | XL | XXL Warna: Dewangga | Langking | Lazuardi | Sabak ![]() Kurung Chempaka Gabungan kolar mandarin, sulaman halus, dan skirt lipat batik menghasilkan Kurung Chempaka tampak anggun dan klasik, sesuai untuk wanita yang menghargai keindahan tradisi. Perincian kedutan pada lengan memberikan efek volume yang feminin. Butang hiasan premium yang dijahit dengan penuh teliti menambah kemewahan pada Kurung Chempaka, memberikan penampilan yang lebih eksklusif. Kain sarung dengan potongan lipat batik membawa elemen tradisional dan memberi siluet yang ayu dan memikat. Rekaan ini menggunakan fabrik cotton bersulam tebuk beralaskan lining yang senadaHarga: RM269 Saiz: XS | S | M | L | XL | XXL Warna: Dewangga | Kalas | Kayas | Nilakandi Kebarung Delima Busana hadir dalam rekaan loose, sajak dipakai bagi kelihatan ayu dan sopan. Setiap perincian direka dengan teliti untuk memberikan gaya yang memukau. Rekaan lapel pada bahagian hadapan memberikan sentuhan elegan, sesuai untuk setiap majlis. Kain sarung lipat batik yang menawan menambah elemen warisan budaya, dengan lipatan halus yang memberikan tekstur menarik pada helaian ini. Menggunakan fabrik jenis kapas yang direka dengan corak sulaman bunga memukau, kain ini memberikan sentuhan istimewa pada setiap si pemakai. Harga: RM269 Saiz: XS | S | M | L | XL | XXL Warna: Dewangga | Kalas | Zaitun | Zamrud ![]() ![]() Kurung Kaseh Hadir dalam fabrikasi cotton bersulam, rekaan ini tidak terlalu mengikut bentuk badan supaya kelihatan lebih sopan. Kolar cekak musang yang klasik memberikan gaya yang terperinci dan kemas, menambah kesan sofistikasi pada keseluruhan penampilan. Potongan bahu puff juga memberi efek royal & timeless pada siluet si pemakai. Butang premium yang digunakan menaikkan lagi keserian di pagi raya. Perincian butang loop pada lengan pula memberi sentuhan unik dan menarik, menambahkan elemen moden pada busana tradisional ini. Belahan di kedua-dua sisi baju memberi kebebasan bergerak sambil menambahkan elemen kontemporari. Didatangkan bersama selendang senada bagi menimbulkan efek yang lebih classy. Harga: RM289 Saiz: XS | S | M | L | XL | XXL Warna: Gading | Langking | Tanah
Kurung Maryam, pilihan sempurna untuk digayakan pada hari lebaran. Diperhalusi dengan potongan bahu puff, kurung ini menambah kelainan dan mencipta bentuk yang anggun pada siluet anda. Lengan berbentuk tanglung yang menawan disertakan dengan kancing manset di hujungnya, memberikan kesan dramatik dan terperinci. Butang manik di bahagian hadapan memberikan sentuhan mewah dan berkilau, melengkapkan penampilan dengan gaya yang lebih sofistikated. Kain sarung dengan rekaan lipatan kipas di bahagian depan memberikan kebebasan bergerak dan menambah elemen moden pada busana ini. Material textured chiffon yang bercorak beralaskan lining sesuai digayakan oleh si pemakai yang menginginkan gaya premium. Harga: RM249 Saiz: XS | S | M | L | XL | XXL Warna: Ceraka | Gading | Gandaria | Jingga | Langking "Dari Kanan: Kurung Maryam, Baju Melayu Senna, Kebaya Jasmin, Kurung Widuri, Jelita Kebaya"
![]() Kurung Widuri Tampil menawan dengan Kurung Widuri, sebuah rekaan yang memadukan keindahan tradisi dengan gaya moden. Setiap perincian kemasan pada Kurung Widuri memberi sentuhan halus dan kemasan yang rapi, mencipta kesan anggun yang menyeluruh. Butang hiasan berbentuk bunga di bahagian hadapan menambah elemen kewanitaan dan manis, menjadikan kurung ini lebih menarik. Kain sarung yang direka dengan lipatan hadapan menambah dimensi pada penampilan anda, menjadikan setiap langkah lebih elegan. Pelapik penuh di dalam skirt memastikan keselesaan yang maksimum serta memberi keteguhan pada potongan skirt. Kombinasi fabrik poly textured dan jacquard menaikkan lagi seri rekaan agar tampak lebih berbeza. Harga: RM289 Saiz: XS | S | M | L | XL | XXL Warna: Ceraka | Gading | Sakura | Salju | Tanah "Dari Kanan: Kurung Widuri, Baju Melayu Senna, dan Kurung Kaseh"
![]() Kurung Indah Kurung Indah, pilihan tepat untuk wanita yang ingin tampil elegan dengan sentuhan moden yang penuh pesona. Kemasan halus di sekitar leher dan lengan memperindahkan lagi busana ini dengan elemen perincian yang memikat. Hiasan butang manik menambah sentuhan berkilau, memberikan aura keanggunan yang tak terbandingkan. Kurung Indah hadir dengan selendang yang sepadan, melengkapi penampilan untuk tampak lebih anggun dan sofistikated. Busana ini menggunakan fabrik kapas yang dihiasi dengan sulaman bunga di atas permukaan kain. Dipadankan bersama kain kipas belakang, rekaan ini juga membawa mood royal kepada si pemakai di pagi lebaran. ![]() Harga: RM389 Saiz: XS | S | M | L | XL | XXL Warna: Berlian | Cengkih | Langking | Nilakandi | Sabak | Sakura | Salju | Tanah
![]()
Kurung Chinta Baju Kurung Chinta, rekaan yang memancarkan pesona feminin dengan elemen moden menjadikan setiap penampilan anda lebih berseri. Kolar Mandarin yang anggun memberikan siluet yang terperinci, mencipta gaya yang kemas untuk penampilan yang lebih berkelas. Butang mutiara yang dijahit dengan teliti menambah sentuhan mewah dan memberikan kesan eksklusif yang menonjolkan keanggunan anda. Efek pleats pada bahagian lengan memberikan tekstur yang menarik dan kesan dramatik. Zip di bahagian belakang sebagai penutupan yang sempurna tanpa mengganggu keselesaan. Busana dipadankan bersama kain potongan kipas belakang yang sangat manis digayakan dinihari. Fabrikasi net sulam bercorak menyerlahkaan lagi keunikan rekaan ini. Harga: RM289 Saiz: XS | S | M | L | XL | XXL Warna: Gandaria | Salju Kurung Kurnia Gabungan keanggunan dengan sentuhan moden yang memukau. Diperbuat dengan penuh teliti, setiap perincian pada Kurung Kurnia direka untuk memberikan keselesaan dan bergaya. Rekaan leher bulat yang elegan ditambahkan dengan fabrik french lace memberikan penampilan anggun, sesuai untuk pelbagai acara. Dihiasi dengan sulaman bermotif flora pada setiap kemasan. Butang bungkus yang kemas pada bahagian hadapan memberikan penampilan lebih menarik. Rekaan lengan balloon dan cuff memberikan kesan dramatis dan menghasilkan keunikan pada keseluruhan busana. Harga: RM269 Saiz: XS | S | M | L | XL | XXL Warna: Galuh | Kayas | Layung | Salju "Dari Kanan: Kurung Kurnia, Kurung Chempaka, Baju Melayu Senna, Kaftan Purnama, Kurung Indah" ![]() Kebaya Dahlia
Direka dengan menggunakan fabrik bersulam tebuk bermotifkan flora dengan warna yang memikat. Kebaya Dahlia menawarkan keunikan dan keanggunan dalam setiap helaiannya. Potongan kemasan berbentuk bunga pada lapel kebaya memberikan elemen romantik dan mewah, menyerlahkan keanggunan pada pada si pemakai. Rekaan puff pada bahu memberikan efek lebih terletak dan timeless. Busana ini juga direka khas mengikut bentuk badan si pemakai. Perincian kedutan pada lengan memberikan efek volume yang dramatik dan feminin. Kombinasi fabrik lace dan matte satin menjadikan kebaya dahlia lebih premium dan eksklusif. Harga: RM329 Saiz: XS | S | M | L | XL Warna: Dewangga | Langking | Luruh | Zamrud Kebaya Jelita
Kebaya Jelita – rekaan yang memikat dengan perincian halus, memancarkan pesona di hari lebaran. Lapel kebaya yang dihiasi dengan sulaman yang terperinci menambah sentuhan mewah dan memperindah penampilan anda dengan gaya yang penuh keanggunan. Butang premium dengan rekaan berbeza menyuntik elemen kemewahan, menonjolkan kebaya ini sebagai pilihan yang elegan dan sofistikated. Kain sarung kipas di bahagian belakang mencipta siluet yang anggun, memberi penampilan yang lebih feminin dan memukau setiap kali melangkah. Kombinasi fabrik organza bersulam bunga timbul dan premium satin menjadikan si pemakai tampak lebih berbeza. Harga: RM269 Saiz: XS | S | M | L | XL Warna: Cengkih | Dewangga | Langking | Luruh | Sakura | Tanah Kebaya Bayu
Diinspirasikan dari rekaan klasik kebaya kutu baru, dihiasi dengan sulaman bercorak She Dazzle yang unik di samping menonjolkan kehalusan seni yang berkualiti tinggi. Rekaan bahu puff memberikan kesan anggun dan feminin, menyerlahkan bentuk badan dengan cantik. Butang hiasan premium yang dijadikan perincian di bahagian tengah hadapan memberikan sentuhan mewah dan kemas pada kebaya ini. Dengan bukaan zip di belakang, kebaya ini memastikan pemakaian yang mudah sementara tetap menjaga penampilan yang kemas. Perincian butang bungkus pada lengan memberikan elemen keunikan pada rekaan dan menambah seri pada keseluruhan busana. Fabrik cotton digunakan bagi memberi keselesaan dan pemilihan prints menjadikan si pemakai kelihatan lebih young & trendy.
Harga: RM289 Saiz: XS | S | M | L | XL | XXL Warna: Gandaria | Kalas | Langking | Layung ![]() ![]() ![]() Kurung Seroja Sebuah rekaan yang moden dengan sentuhan tradisional. Kolar Mandarin yang terperinci, memberi efek kemas dan bergaya pada keseluruhan busana. Perincian kemasan halus yang menghiasi pergelangan tangan, bahagian hadapan dan bawah memberikan kesan yang rapi dan terperinci, menambah keindahan pada setiap sudut rekaan. Potongan asimetri di kiri dan kanan memberikan gaya moden yang segar dan berbeza, menjadikan Kurung Seroja lebih menonjol dan unik. Kurung Seroja juga hadir dengan selendang yang sepadan. Tambahan lagi, kain sarung potongan duyung memberi efek minimal dan tinggi pada si pemakai. Harga: RM289 Saiz: XS | S | M | L | XL | XXL Warna: Gandaria | Kalas | Langking | Layung ![]() |